Friday, February 6, 2015

Eksport MALAYSIA 2015 tumbuh 2-3%



KUALA LUMPUR 5 Feb. - Prestasi eksport Malaysia dijangka terus kukuh pada 2015 dengan unjuran pertumbuhan sebanyak dua hingga tiga peratus melalui penekanan kepada pasaran baharu.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bagi menghadapi kelembapan pertumbuhan ekonomi dunia dan pertumbuhan yang lebih rendah daripada rakan dagangan tradisional, kerajaan akan memberi fokus pada pasaran baharu seperti Afrika, Asia Tengah dan Amerika Selatan.
“Kita dapat melihat pertumbuhan yang menggalakkan daripada pasaran baharu pada tahun lalu, jadi kita akan memberi fokus pada pasaran baharu dan juga ASEAN yang merupakan pasaran penting. Namun begitu, pasaran tradisional akan terus memainkan peranan penting, cuma negara mahu melihat kepada pasaran baharu,” katanya dalam sidang akhbar Laporan Prestasi Perdagangan Malaysia 2014 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya bagaimana Malaysia akan mengekalkan pertumbuhan perdagangan memandangkan rakan dagangan utama seperti China, Eropah dan Amerika Syarikat (AS) menjangkakan pertumbuhan dagangan yang lebih rendah pada tahun ini.
Sementara itu, Mustapa memberitahu, pertumbuhan eksport Malaysia yang kukuh dan melepasi jangkaan telah menyokong perdagangan Malaysia pada 2014 dengan kenaikan sebanyak 5.9 peratus kepada RM1.45 trilion, berbanding RM1.37 trilion tahun sebelumnya. Pertumbuhan perdagangan negara bagi 2014 diunjur 5.2 peratus.
Katanya, eksport meningkat sebanyak 6.4 peratus atau RM46.14 bilion kepada RM766.13 bilion, melepasi unjuran enam peratus dalam Laporan Ekonomi 2014/2015, manakala import meningkat seba-nyak 5.3 peratus atau RM34.32 bilion kepada RM683.02 bilion.
“Pertumbuhan eksport yang kukuh menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM83.11 bilion yang merupakan lebihan dagangan tahun ke-17 berturut-turut dicatatkan. Lebihan dagangan 2014 mencatatkan pertumbuhan dua digit iaitu sebanyak 16.6 peratus, satu pencapaian yang memberangsangkan berbanding dengan senario pertumbuhan pada 2012 dan 2013,” ujarnya.
Jelasnya, rakan dagang utama yang menyumbang kepada pertumbuhan dalam perdagangan ialah negara-negara ASEAN yang berkembang sebanyak RM14.54 bi-lion atau 3.9 peratus, diikuti Kesa-tuan Eropah (EU) sebanyak RM8.35 bilion atau 6.2 peratus, AS (RM8.01 bilion atau 7.4 peratus), Australia (RM7.48 bilion atau 16.4 peratus), Hong Kong (RM6.05 bilion atau 14.5 peratus), Taiwan (RM5.94 bi-lion atau 11.2 peratus) dan China (RM4.54 bilion atau 2.2 peratus).
Tambah beliau, peningkatan eksport didorong oleh permintaan yang lebih tinggi untuk produk pembuatan, terutamanya barangan elektrik dan elektronik (E&E) dan permintaan kukuh bagi komoditi.
“Dengan pengecualian komoditi eksport seperti minyak sawit dan getah, eksport lain ke China terus kekal.

rujukan

Mustapa Mohamed

No comments:

Post a Comment